PELAN KONTRAK DAN CARA TAMATKAN KONTRAK COWAY

Pelan Kontrak dan cara tamatkan kontrak Coway memeningkan kepala anda? Ya kadang-kadang ada ejen yang tidak menerangkan dengan detail sepenuhnya tentang perincian kontrak Coway serta cara untuk menamatkannya dengan lebih awal.

Pelan Kontrak Coway

PELAN KONTRAK COWAY

PEMBELIAN SECARA SEWA-BELI

 

Kontrak Coway secara asasnya adalah selama 5 tahun dan minimum kontrak selama 3 tahun (Kecuali pembelian ketika promosi khas Coway)

s

Jika anda menggunakan pada/sebelum bulan Mac 2017, kemungkinan tempoh min kontrak ialah selama 2 tahun sahaja.

Selama 5 tahun kontrak, anda akan dapat servis dan warranty secara PERCUMA daripada Coway. Servis ada seperti berikut:

  • Servis setiap 2 bulan.
  • Penukaran Filter setiap 4-6 bulan.
  • Kos Alat Ganti percuma.
  • Kos upah servis percuma.
  • Sanitasi produk luar dan dalam.
  • Warranty pada motor dan bahagian elektrikal produk.

Sekiranya ingin menamatkan pelan kontrak Coway lebih awal dari tempoh minimum kontrak, caj akan dikenakan terhadap pelanggan. Cara pengiraan caj adalah seperti berikut:

  • Cara Kiraan caj : Tempoh min kontrak x bayaran bulanan x 50%
  • Produk : Villaem2
  • Bulanan : RM 120
  • Tempoh kontrak : 5 tahun (60 bulan)
  • Tempoh Min Kontrak : 3 tahun (36 bulan)
  • Tempoh penggunaan :  2 tahun (24 bulan)
  • Baki tempoh sebelum min kontrak : 36 bulan – 24 bulan = 12 bulan
  • Caj yang dikenakan = 12 bulan x RM 120 x 50% = RM720

Tiada caj yang dikenakan sekiranya penamatkan kontrak selepas melepasi tempoh minimum kontrak 3 tahun.

PEMBELIAN SECARA TUNAI

Sekiranya produk Coway digunakan sehingga habis tempoh kontrak selama 5 tahun ATAU PEMBELIAN TUNAI, produk tersebut akan menjadi hak milik anda.

Anda mempunyai 2 pilihan apabila telah menggunakan penapis air Coway sehingga tamat tempoh kontrak ATAU TEMPOH SERVIS PERCUMA TAMAT UNTUK PEMBELIAN TUNAI iaitu:

  • Memperbaharui Service Membership dengan harga yang berpatutan.
  • Menukar produk Coway anda dengan model yang terbaru dan dapatkan harga diskaun dengan program EX-TRADE.

CARA TAMATKAN KONTRAK COWAY

Sekiranya anda ingin menamatkan kontrak Coway, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi iaitu:

Tiada tunggakan bil bulanan.

Mesin Coway dalam keadaan baik dan berfungsi.

Berada di alamat sama seperti di dalam sistem Coway. (Sekiranya mesin dipindahkan tanpa mengemaskini alamat di dalam sistem)

Individu merupakan pemilik kepada mesin Coway tersebut.

Sekiranya anda telah memenuhi syarat-syarat di atas, anda boleh menghubungi Coway Careline 1800-88-1111 atau  Ejen Coway Ilmam di 013-3808709. Coway Technician akan mengambil mesin Coway tersebut di alamat seperti di alamat pemasangan di dalam sistem Coway. 

WhatsApp Whatsapp Saya