CARA-CARA HENDAK PINDAHKAN PENAPIS AIR COWAY

Cara-cara hendak pindahkan Penapis Air Coway kerap ditanya oleh para pelanggan apabila mereka berpindah ke tempat lain. Untuk pengetahuan anda, Coway menawarkan pemasangan semula secara percuma SEKALI SETAHUN kepada semua para pelanggan Coway.

Jika anda ingin memindahkan penapis air anda ditempat lain di dalam alamat yang sama juga (Contoh; Dari dapur ke ruang tamu) yang memerlukan Coway Technician (CT) memasang semula piping air, itu sudah dikira sekali pemasangan percuma. Anda akan di caj pada pemasangan kali kedua jika berpindah pada tahun yang sama.

JADI, BAGAIMANA CARA-CARANYA UNTUK PINDAHKAN PENAPIS AIR COWAY?

Langkah 1

Maklumkan kepada ejen coway atau maklumkan kepada saya untuk mengemaskini alamat perpindahan yang baharu dan jenis model penapis air anda. Saya akan membuat laporan kepada Coway HQ tentang alamat baru anda dan guide satu per satu langkah untuk membuka penapis air Coway dengan selamat dan betul.


Langkah 2

Buka penapis air anda dan bawa pindah ke alamat baru. COWAY TIDAK AKAN MEMBAWA PENAPIS AIR ANDA KE TEMPAT BARU !

Cara-cara untuk membuka penapis air Coway

Tutup punca air di paip (Tips: pastikan suis air berada dikedudukan X)

Tutup suis di power plug (Sekiranya jenis model Petit, terus ke langkah seterusnya)

Keluarkan air dari setiap tangki sehingga kosong (Sekiranya model Petit, tutup suis power plug selepas keluarkan air dari tangki)

Cabut power plug dari soket.

Potong wayar air berwarna biru dan oren selepas sesiku L (Biru sahaja jika Model Neo atau Harry)


Langkah 3

Anda akan menerima panggilan daripada Coway Technician (CT) yang akan membuat pemasangan Penapis Air anda. Maklum kepada Coway Technician tarikh untuk pemasangan di tempat baru. Pastikan di tempat baru penapis air coway anda ada menyediakan power plug point dan jarak ke sumber air lebih kurang 5 meter atau kurang.

Selain dari anda pindahkan Penapis Air Coway anda, anda juga boleh menamatkan kontrak (sekiranya memenuhi syarat minimum kontrak) dan memasang produk penapis air yang baru di alamat terkini.

WhatsApp Whatsapp Saya