Villaem 2 Penapis Air Coway Paling Laris Di Malaysia

Penapis air Coway yang paling disukai rakyat Malaysia kini dipertingkatkan dengan ciri-ciri mesra pengguna

EVOLUSI LEGENDA YANG TIDAK DILUPAKAN
Mewarisi Kelebihan Villaem Generasi Pertama

ADA APA DENGAN PENAPIS AIR COWAY VILLAEM 2 INI?

Ketika Villaem generasi pertama diperkenalkan pada akhir 2014, penapis air ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan! Penapis air Villaem ini mendapat tempat di hati rakyat Malaysia apabila ianya mempunyai ciri-ciri yang amat diperlukan oleh setiap keluarga. Jadi apakah ciri-ciri yang baharu dan apa pula ciri-ciri yang dikekalkan? Jom kita lihat apakah ciri-cirinya.


1. Empat Suhu Air 

Villaem 2 masih mengekalkan empat suhu air iaitu PANAS, SEJUK, SUAM DAN SUHU BILIK

Apa yang menarik pada empat suhu air ini ialah air bersuhu SUAM. Air bersuhu suam ini mempunyai suhu yang sangat sesuai untuk para ibubapa membuat susu anak dengan mengambil air secara terus TANPA PERLU MENCAMPURKAN AIR PANAS DAN SEJUK UNTUK MENDAPATKAN AIR SUAM. Senang ceritanya, kerja-kerja membuat susu anak menjadi lebih mudah dan cepat.

Penapis air coway villaem 2-3


 

2. Lampu Suasana

Salah satu ciri yang menambat hati rakyat Malaysia ialah Lampu Suasana (Mood Lamp). Satu lampu LED berwarna putih akan bernyala secara automatik apabila sensor lampu mengesan pengurangan cahaya di persekitaran. Lamput LED telah memberi impak yang sangat besar apabila kini para pengguna tidak perlu lagi membuka lampu pada waktu malam dan dapat mengambil air dengan sangat mudah.

Penapis air coway villaem 2-4


 

3. Penunjuk Suhu

Villaem 2 juga mempunyai ciri penunjuk suhu air semasa yang juga merupakan salah satu ciri utama yang ada pada setiap penapis air Coway. Apa yang bezanya hanyalah dari segi rekaan penunjuk suhu yang lebih elegan dan minimalis.

Penapis air coway villaem 2-5


 

4. Tombol Pelarasan Suhu Air

Tombol Pelarasan Suhu Air yang direka khas untuk model Villaem terdahulu mendapat reaksi positif dari pengguna penapis air Coway. Dengan tombol ini, pengguna dapat mengubah suhu air mengikut keperluan dan kesesuaian masing-masing antara Panas-Suam dan juga Sejuk-Suhu Bilik. Kini dengan Villaem 2, tombol pelarasan suhu air telah di tambah baik, lebih lembut dan mesra pengguna.

Air Sejuk dari Penapis Air Villaem ini memang terkenal dengan air yang sangat sejuk (serendah 2°). Terlalu sejuk untuk anda? Laraslah suhu air sesuka hati anda.

Penapis air coway villaem 2-6


 

5. Kepala Saluran Air Boleh Tanggal

Ini merupakan ciri terbaru yang ada pada Penapis Air Coway Villaem 2. Kepala Saluran Air Boleh Tanggal ini direka bagi yang mementingkan kebersihan penapis air dan juga air. Dengan ada ciri Kepala Saluran Air Boleh Tanggal ini, kerja-kerja pembersihan saluran air menjadi lebih mudah. 

Penapis air coway villaem 2-7


 

6. Pengesan Paras Air Rendah

Pengesan Paras Air Rendah ini juga masih dikekalkan sebagai penunjuk amaran kepada pengguna paras air di dalam tangki. Ciri ini ada pada setiap Penapis Air Coway. Lampu Pengesan Paras Air Rendah akan hidup secara automatik apabila air di dalam tangki berada paras rendah dan pengguna tidak lagi dapat mengeluarkan air. Pengesan ini direka untuk keselamatan mesin agar tidak terbakar apabila pemanas air terus memanas tanpa ada air.

Penapis air coway villaem 2-8


 

7. Sistem Penjimatan Kuasa

Sistem Penjimatan Kuasa ini pasti akan melegakan pengguna yang bimbang akan penggunaan elektrik yang banyak pada Penapis Air Coway Villaem 2 ini. Untuk pengetahuan anda, sistem penjimatan kuasa ini akan bertindak mengurangkan penggunaan motor dan pemanas air pada waktu malam sehingga 30% kurang. Selain itu, penggunaan watt yang maksimum hanyalah ketika air dipanaskan dan akan kembali kurang apabila air sudah stabil kepanasannya.

Penapis air coway villaem 2-8


 

8. Kunci Keselamatan Kanak-kanak

Tujuan Kunci Keselamatan Kanak-kanak yang ada pada Penapis Air Coway Villaem 2 ini diwujudkan adalah bagi memastikan kejadian kanak-kanak melecur kesan terkena air panas dapat dielakkan. Kunci Keselamatan ini direka untuk kanak-kanak yang sudah besar dan pandai menguruskan air panas dengan selamat.

Penapis air coway villaem 2-9


 

VIDEO PENAPIS AIR COWAY VILLAEM 2


GAMBARAN KESELURUHAN PENAPIS AIR VILLAEM 2

WhatsApp Whatsapp Saya