APA PERBEZAAN ANTARA BELI TUNAI DENGAN SEWA-BELI?

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA 

Syarikat penapis air di Malaysia muncul bagai cendawan selepas hujan. Di saat anda keluar dan cuba untuk mencari penapis air, anda pasti akan dihujani dengan pelbagai bentuk pakej harga dan cara pembelian. Coway (M) Sdn Bhd, syarikat penapis air No.1 di Malaysia yang sudah bertapak selama hampir 12 tahun mempunyai cara pembelian yang mudah iaitu secara TUNAI atau SEWA-BELI. Cara pembelian tidak akan menjejaskan servis dan warranty yang akan diperolehi SECARA PERCUMA iaitu:

  • PEMASANGAN PERCUMA 
  • SERVIS SETIAP 2 BULAN
  • TUKAR FILTER SETIAP 4/6 BULAN
  • KOS ALAT GANTI SEPERTI FILTER DLL
  • KOS UPAH SERVIS
  • SANITASI TANGKI
  • WARRANTY MOTOR DAN ELEKTRIKAL
  • PEMASANGAN SEMULA SETAHUN SEKALI (SEKIRANYA BERPINDAH)

Tapi, apa bezanya jika anda beli secara tunai, atau pun beli secara sewa-beli? Jom kita lebih dengan lebih terperinci.


CARA PEMBELIAN TUNAI

Dalam pembelian secara tunai, terdapat 2 cara iaitu:

1. Belian terus secara wang tunai

2. Belian terus secara ansuran kad kredit dengan kadar 0% interest


 

BELIAN TERUS SECARA WANG TUNAI

Sekiranya anda memilih untuk memiliki Penapis Air atau Penapis Udara Coway secara wang tunai, anda hanya perlu memindahkan wang ke VIRTUAL ACCOUNT EJEN COWAY YANG SAH SAHAJA, BUKAN KE AKAUN PERIBADI EJEN COWAY bagi mengelakkan anda di tipu.

Coway telah memberikan Virtual Account ke setiap ejen Coway yang sah berdaftar. Akaun tersebut mengandungi 6 no ID ejen Coway tersebut di akhir no Virtual Account tersebut. Sebagai contoh:

 

VIRTUAL ACCOUNT COWAY

98 9929 00 XXXXXX (No ID Ejen Coway)

Coway (M) Sdn Bhd (Nama yang akan keluar di skrin)

 

Setelah anda membuat pemindahan wang ke akaun di atas, bukti pemindahan wang hendaklah di berikan kepada ejen Coway untuk diuruskan tempahan dan pemasangan.

TIPS: Anda boleh memindahkan wang sebanyak 10% dari harga produk untuk Coway membuat pemasangan dan PERLU MENJELASKAN  BAKI HARGA PRODUK DALAM MASA 7 HARI BULAN YANG SAMA.

Apabila anda membeli secara tunai, anda tidak akan terikat dengan kontrak bersama Coway dan anda juga akan mendapat 12 BULAN SERVIS DAN WARRANTY SECARA PERCUMA (KECUALI KETIKA PROMOSI YANG DINYATAKAN)


 

BELIAN SECARA ANSURAN KAD KREDIT DENGAN KADAR 0% INTEREST

Memiliki kad kredit sememangnya memberikan kelebihkan kepada pengguna yang ingin memiliki produk Coway tanpa mengeluarkan sejumlah wang tunai yang banyak pada satu-satu masa. Anda boleh memilih mana-mana bank dan tempoh pembayaran yang disediakan oleh pihak bank. Senarai bank yang terlibat adalah seperti berikut:

TIPS: Selain anda boleh membuat pelan pembayaran melalui Coway, anda juga boleh terus membuat pembayaran menggunakan kad kredit tanpa melalui pihak Coway dan boleh berurusan terus dengan pihak bank menentukan berapa kadar tempoh dan nilai pembayaran bulanan anda. Di ingatkan juga untuk menyemak dahulu berapa kadar interest yang dikenakan oleh pihak bank dan Coway tidak bertanggungjawab dalam urusan anda dengan pihak bank.

Apabila anda membeli secara ansuran kad kredit,  anda juga tidak akan terikat dengan kontrak bersama Coway dan anda juga akan mendapat 12 BULAN SERVIS DAN WARRANTY SECARA PERCUMA (KECUALI KETIKA PROMOSI YANG DINYATAKAN)


CARA PEMBELIAN SEWA-BELI

Dalam pembelian secara sewa-beli, prosesnya adalah lebih mudah. Terdapat 2 jenis pembayaran sekiranya memilih cara pembelian sewa beli. 

1. Pembayaran secara Auto Debit

2. Pembayaran secara Direct Debit


 

PEMBAYARAN SECARA AUTO DEBIT

Sekiranya anda memilih secara Auto Debit, anda yang perlu mengemukakan salinan Kad Pengenalan dan salinan Kad Bank BAHAGIAN DEPAN SAHAJA.

PERINGATAN: ANDA ADALAH DI LARANG UNTUK MENDEDAHKAN 3-DIGIT DI BELAKANG KAD BANK KEPADA EJEN COWAY

Risau hendak memberikan salinan kad bank anda? Jangan risau. Coway telah didaftarkan ke Pesuruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPA – Personal Data Protection Act) di mana setiap staf dan ejen yang mewakili Coway berjanji akan memastikan data peribadi anda dilindungi dari segi transaksi komersial.

TIPS: Mulai Januari 2019, Coway tidak lagi menerima kad bank yang lama dan kad bank yang tidak mempunyai fasilitis “MyDebit“. Jadi pastikan anda kemaskini kad bank anda ya.

 

Apabila anda membeli secara sewa-beli, anda terikat dengan syarat-syarat berikut:

  • Kontrak selama 5 tahun dengan Coway dan minimum kontrak ialah 3 tahun.
  • Sekiranya dalam tempoh kurang dari 3 tahun, anda memilih untuk menukar produk atau berhenti menggunakannya, anda akan dikenakan caj penalti.
  • Selepas minimum kontrak 3 Tahun, dan anda mengambil keputusan untuk menukar produk atau berhenti menggunakannya, anda boleh memulangkan produk Coway tanpa sebarang caj penalti
  • Sekiranya anda terus menggunakan sehingga 5 tahun, produk tersebut akan menjadi hak milik sendiri.
  • Selepas 5 tahun, anda hanya perlu memperbaharui SERVICE MEMBERSHIP dengan harga yang berpatutan. Sekiranya anda mengambil keputusan untuk menukar produk yang lebih baru, anda boleh mendapat diskaun bulanan untuk produk berikutnya.

 

PEMBAYARAN SECARA DIRECT DEBIT

Untuk pembayaran secara Direct Debit, pembayaran akan dibuat dengan bank memotong nilai sewaan bulanan produk Coway dan bank akan membayar ke Coway. Untuk transaksi secara Direct Debit ini, bank akan bertindak sebagai pihak ketiga yang menguruskan pembayaran sewaan bulanan produk Coway anda. 

Untuk pembayaran secara Direct Debit ini, anda tidak perlu memberikan salinan kad bank. Anda hanya perlu memberikan salinan Kad Pengenalan dan salinan BUKU AKAUN BANK sahaja.

TIPS: ANDA AKAN DICAJ OLEH BANK IAITU CAJ PENGURUSAN (HANDLING CHARGE) SEBANYAK RM10 SETIAP TRANSAKSI ANDA SETIAP BULAN.


 

 

JADI ILMAM, YANG MANA SATU LEBIH MURAH DAN MANA SATU YANG LEBIH MUDAH?

Jika ingin membandingkan antara pembelian secara tunai, atau pun pembelian secara sewa-beli, yang mana satu lebih menguntungkan, perbandingan seharusnya dibuat menggunakan tempoh yang sama.

Dalam contoh yang saya tunjukkan nanti, saya akan menggunakan produk Penapis Air Coway Villaem sebagai contoh dan mengambil tempoh selama 5 tahun untuk kedua-dua pembelian tanpa mengambil kira promosi 24 BULAN SERVIS DAN WARRANTY.

PENAPIS AIR COWAY VILLAEM SELAMA 5 TAHUN

SEWA-BELI

Sewaan bulanan =. RM 118.00

Kontrak =. 5 tahun @ 60 bulan

Jumlah Pembayaran (5 Tahun) =. RM 118 x 60 Bulan = RM 7080.00

RM 7080.00 adalah jumlah yang anda bayar TERMASUK 5 TAHUN SERVIS DAN WARRANTY

TUNAI

Nilai tunai Penapis Air Villaem =. RM 3580.00

PERCUMA selama 12 Bulan Servis dan Warranty

Nilai servis 1 tahun = RM 642.00 

Nilai servis untuk 4 tahun =. RM 642.00 x 4 = RM 2568.00

Jumlah Pembayaran (5 Tahun) = RM 3580.00 + RM 2568.00 = RM 6148.00

RM 6148.00 adalah jumlah anda bayar TERMASUK 5 TAHUN SERVIS DAN WARRANTY

PERBEZAAN JUMLAH PEMBAYARAN = RM 932.00

Lebih untung pembayaran secara tunaikan? Tapi anda perlu ingat, sejumlah wang dikeluarkan secara banyak dan anda perlu memperbaharui servis dan warranty setiap tahun agar Coway terus melaksanakan servis ke atas produk anda setiap 2 bulan.

JIMAT –  BELIAN TUNAI

MUDAH –  BELIAN SEWA-BELI

Saya tunjukkan sahaja, pilihan tetap di tangan anda

WhatsApp Whatsapp Saya