Apakah perbezaan Penapis Udara Coway?

Persoalan “Perbezaan Penapis Udara Coway” ini timbul kerana ketika ini Malaysia menghadapi masalah pencemaran udara yang sangat kritikal tidak kira di kawasan bandar mahupun kampung dan penapis udara menjadi salah satu benda yang harus ada di rumah. Terlalu banyak penapis udara yang ada di pasaran tapi apa perbezaannya? 

Coway yang telah bertapak di Malaysia hampir 12 tahun juga ada mengeluarkan produk penapis udara. Penapis udara yang di hasilkan Coway ada 4 jenis iaitu TUBA, LOMBOK 2, STORM dan juga yang terbaru, CAPTAIN. Tapi mesti pening macam mana nak pilih yang terbaik untuk keluarga dan apa perbezaan penapis udara coway ni?

Pada tahun 2017, Coway ada melancarkan penapis udara terbaru mereka iaitu Storm. Penapis udara Storm ini yang dilengkapi dengan Mod “HAZE” dijangkakan memberi pilihan kepada para pelanggan dalam memilih penapis udara yang sesuai dengan keperluan dan keadaan Malaysia yang berjerebu. Namun penapis udara Lombok 2; penapis udara versi ke-2 yang ditambah baik dari Lombok 1 masih mempunyai peminatnya tersendiri. 

Perbezaan penapis udara Coway ini memberi peluang kepada pengguna untuk memilih. Namun apakah perbezaan antara penapis udara coway ini? Jom kita lihat apa perbezaannya.

Ingin tahu secara detail perbezaan penapis udara coway ini? Jom sama-sama kita kupas perbezaan dan kelebihan antara penapis udara Coway ini. Di harapkan agar di akhir posting ini, anda akan dapat membuat pemilihan penapis udara yang terbaik untuk keluarga anda.

 

CIRI-CIRI PERBEZAAN PADA PENAPIS UDARA YANG PERLU DIKETAHUI

Dalam kita ingin memilih penapis udara yang terbaik, ada beberapa ciri-ciri perbezaan yang anda harus pertimbangkan. Antara ciri-cirinya ialah:

  1. Pengguna Watt
  2. Bilangan Filter
  3. Keluasan sedutan efektif (Coverage)
  4. Kawalan Kelajuan Sedutan (Speed Control)
  5. Pengesan (Sensor)
  6. Fungsi tambahan
  7. Kadar bunyi yang dihasilkan
  8. Saiz.

JOM KITA LIHAT PERBEZAAN ANTARA PENAPIS UDARA LOMBOK II DAN PENAPIS UDARA STORM

1. PENGGUNAAN WATT

Lombok II menggunakan sebanyak 72W manakala Storm menggunakan sebanyak 65W. Untuk melihat perbezaan, mari kita lihat berapakah bil elektrik yang di caj jika penggunaan selama 30 hari sebulan dan 24 jam sehari dengan menggunakan kalkulator TNB.

Sumber: https://hec.tnb.com.my/Public/ApplianceComparison/SingleAppliance

Kiraan ini hanyalah anggaran sahaja dan perlu mengambil kira fungsi ECO yang ada pada Lombok II yang akan diterangkan di bahagian fungsi.

2. BILANGAN FILTER

Ciri ini merupakan ciri paling penting dalam membuat pemilihan penapis udara. Untuk penapis udara Lombok II, ianya mempunyai 6 FILTER manakala penapis udara Storm mempunyai 4 FILTER. Jom lihat gambar perbezaan dibawah:

3. KELUASAN SEDUTAN EFEKTIF (COVERAGE)

Keluasan sedutan efektif bagi penapis udara Lombok II dan penapis udara Storam adalah hampir sama iaitu Lombok II – 50 m² manakala Storm – 49.5 m².

50 m² berkeluasan kira-kira 538 sqft adalah keluasan sedutan efisyen manakala hasil kajian mendapati keluasan sedutan efektif, penapis udara coway mampu mencecah sehingga 1600 sqft sekiranya tiada apa-apa halangan (satu kawasan yang lapang).

4. KAWALAN KELAJUAN SEDUTAN (SPEED CONTROL)

Kawalan kelajuan sedutan bagi penapis udara Lombok II ialah 5 tetapan kelajuan manakala penapis udara Storm ialah 3 tetapan kelajuan.

5. PENGESAN (SENSOR)

Pengesan atau sensor ini berfungsi sebagai penderia kepada penapis udara coway. Sensor ini akan menentukan kadar kuasa sedutan dan mod tetapan penapis udara coway sekiranya diletakkan di mod automatik.

Lombok II mempunyai  3 sensor iaitu DUST SENSOR, ODOUR SENSOR DAN LIGHT SENSOR.

Storm mempunyai 2 sensor iaitu DUST SENSOR DAN LIGHT SENSOR sahaja.

6. FUNGSI TAMBAHAN

Perbezaan pada fungsi tambahan yang ada pada penapis udara Lombok II dan penapis udara Storm agak banyak. Perbezaan fungsi tambahan ini boleh di lihat seperti berikut:

 

7. KADAR BUNYI YANG DIHASILKAN

Kadar bunyi yang dihasilkan oleh penapis udara Coway adalah bergantung kepada mod yang ditetapkan. Jadi untuk perbandingan, saya akan membandingkan bunyi yang paling perlahan hingga bunyi yang paling kuat dihasilkan oleh penapis udara coway ini.

8. SAIZ

Setelah mengetahui ciri-ciri dan perbezaan antara penapis udara Lombok II dan penapis udara Storm, pastilah kita mahu mengetahui berapa besarkah penapis udara Coway ini kan? 

 

Setelah mengetahui perbezaan antara penapis udara Lombok II dan penapis udara Storm, apakah pilihan penapis udara untuk keluarga anda?

WhatsApp Whatsapp Saya